Tuesday, November 6, 2018

TANGGUNGJAWAB PEMUNYA/PEMILIK PETAK


 TANGGUNGJAWAB  PEMUNYA/PEMILIK PETAK

1.Wajib membayar caj
 2.Wajib membayar caruman
 3.Hadir ke AGM
4.Mengundi ahli jawatankuasa
5.Mematuhi undang-undang kecil

PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB PENGURUSAN HARTA BERSAMA

PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB (JMB)

1. Menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan
  2. Mematuhi notis dan arahan PBT atau pihak berkuasa awam
  3. Mengambil insurans
 4. Menyedia dan menyenggara daftar pemunya petak

 5. Audit dan menyenggara akaun

 6. Menguatkuasakan undang-undang kecil

 7. Menyediakan pejabat pentadbiran 

 8.Membuka akaun penyenggaraan

 9.Menyediakan rekod akaun

10. Melantik juruaudit

Minit Mesyuarat JMB 1/2018




Tugas Dan Peranan Ahli Jawatankuasa JMB

Kepada semua pembaca terutamanya penduduk di bawah kelolaan JMB CCDP Bandar Tasik Puteri, kita sepatutnya tahu serba sedikit peranan dan tugas setiap ahli jawatankuasa yang diamanahkan untuk mengurus dan mengelolakan Badan Pengurusan Bersama ditempat kita dan sekaligus dapatlah kita semua sama-sama membantu untuk menjadikan tempat kita lebih harmonis dan selesa.

Disini, admin senaraikan jawatan serta bidang tugas yang perlu mereka lakukan. Antaranya adalah :-
PENGERUSI
Encik Rahimi b Abdullah
  • Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat JMB
  • Memastikan mesyuarat ahli jawatankuasa JMB diadakan sekurang-kurangnya sekali sebulan
  • Memastikan mesyuarat tahunan JMB diadakan dua kali setahun
  • Memastikan & memantau perlaksanaan aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk-penduduk setempat mengikut perancangan yang ditetapkan
  • Memastikan laporan aktiviti JMB dikemukakan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB), MPSJ 6 bulan sekali
  • Menjadi perantaraan diantara penduduk dengan COB & agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, dan;
  • Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang berkaitan.

SETIAUSAHA
Puan Azliza Ahmad
  • Memanggil mesyuarat JMB seperti diarahkan oleh Pengerusi
  • Mencatat minit mesyuarat dan menyediakan salinan minit untuk makluman dan tindakan ahli-ahli JMB
  • Menyediakan laporan aktiviti JMB
  • Menguruskan surat-menyurat dan pentadbiran am, dan;
  • Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang berkaitan.

BENDAHARI
Encik Che Muhairie b Che Muda
  • Memantau dan memeriksa perjalanan kontraktor yang dilantik untuk menyediakan dan mengeluarkan bil caj penyelenggaraan kepada pembeli
  • Merekodkan serta menyimpan segala butiran dan dokumen kemasukkan dan pengeluaran wang Kumpulan Penyelengaraan Bangunan
  • Menyediakan penyata bulanan/tahunan wang yang dikumpul.
  • Menguruskan pengauditan Kumpulan Penyelenggaraan Bangunan setiap tahun
  • Mengemukakan penyata kewangan kepada JMB, dan;
  • Lain² tugas dan tanggungjawab yang berkaitan.

JAWATANKUASA BIRO-BIRO
  • Menghadiri mesyuarat JMB dengan komited
  • Mengeluarkan idea yang bernas bagi setiap aktiviti kemasyarakatan dan usaha-usaha penambahbaikan demi faedah penduduk setempat
  • Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh pengerusi dengan member kerjasama sepenuhnya dan perkhdimatan yang sempurna agar segala perancangan yang ditetapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya, dan;
  • Menjadi orang perantaraan antara penduduk dan Pengerusi JMB dalam menyalurkan sebarang maklumat dan penerimaan aduan daripada penduduk.

Sunday, November 4, 2018

MEMO: Maintenance Fees & Sinking Fund

!!! MAKLUMAN!!!!

SEHUBUNGAN PADA MESYUARAT AGONG BERSAMA PEMILIK DAN PIHAK PEMAJU YANG DI ADAKAN PADA 28 OKTOBER 2018 LALU, TERDAPAT PERUBAHAN DI DALAM PEMBAYARAN YURAN PENYELENGGARAN (MAINTENANCE) & AKAUN PENJELAS (SINKING FUND).


PEMBAYARAN YANG DI BAYAR SEBELUM INI BUKANLAH UNTUK BULAN OKTOBER 2018 TETAPI UNTUK BULAN NOVEMBER 2018. PIHAK MEGAN BIJAK SDN BHD AKAN MEMBUAT KUTIPAN SEHINGGA BERAKHIR PADA OKTOBER 2018 SEBELUM IA DI SERAHKAN SEPENUHNYA KEPADA PIHAK JMB BERKUATKUASA 1 NOVEMBER 2018.


DENGAN ITU SETIAP PEMILIK UNIT AKAN MENERIMA LAPORAN PENYATA DARI PIHAK PEMAJU YANG BERAKHIR SEHINGGA 31 OKTOBER 2018.


PIHAK KAMI AKAN MENGEMASKINI SEMULA PERUBAHAN TERBABIT DI DALAM LAPORAN KEWANGAN. BAGI YANG MASIH BELUM MENJELASKAN YURAN TERBABIT, PEMBAYARAN HARUSLAH DIJELASKAN SEBELUM 15HB SETIAP BULAN


MAAF ATAS KESULITAN


TERIMA KASIH
JMB CAMELIA COURT DESA PUTERI

Bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara kawasan awam dan harta hakgunasama di Apartmen Camelia Court Desa Puteri Email: jmbcameliacourtdp@gmail.com