Kepada
semua pembaca terutamanya penduduk di bawah kelolaan JMB CCDP Bandar Tasik Puteri, kita sepatutnya tahu serba sedikit peranan dan tugas
setiap ahli jawatankuasa yang diamanahkan untuk mengurus dan
mengelolakan Badan Pengurusan Bersama ditempat kita dan sekaligus
dapatlah kita semua sama-sama membantu untuk menjadikan tempat kita
lebih harmonis dan selesa.
Disini, admin senaraikan jawatan serta bidang tugas yang perlu mereka lakukan. Antaranya adalah :-
PENGERUSI
Encik Rahimi b Abdullah
- Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat JMB
- Memastikan mesyuarat ahli jawatankuasa JMB diadakan sekurang-kurangnya sekali sebulan
- Memastikan mesyuarat tahunan JMB diadakan dua kali setahun
- Memastikan & memantau perlaksanaan aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk-penduduk setempat mengikut perancangan yang ditetapkan
- Memastikan laporan aktiviti JMB dikemukakan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB), MPSJ 6 bulan sekali
- Menjadi perantaraan diantara penduduk dengan COB & agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, dan;
- Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang berkaitan.
SETIAUSAHA
Puan Azliza Ahmad
- Memanggil mesyuarat JMB seperti diarahkan oleh Pengerusi
- Mencatat minit mesyuarat dan menyediakan salinan minit untuk makluman dan tindakan ahli-ahli JMB
- Menyediakan laporan aktiviti JMB
- Menguruskan surat-menyurat dan pentadbiran am, dan;
- Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang berkaitan.
BENDAHARI
Encik Che Muhairie b Che Muda
- Memantau dan memeriksa perjalanan kontraktor yang dilantik untuk menyediakan dan mengeluarkan bil caj penyelenggaraan kepada pembeli
- Merekodkan serta menyimpan segala butiran dan dokumen kemasukkan dan pengeluaran wang Kumpulan Penyelengaraan Bangunan
- Menyediakan penyata bulanan/tahunan wang yang dikumpul.
- Menguruskan pengauditan Kumpulan Penyelenggaraan Bangunan setiap tahun
- Mengemukakan penyata kewangan kepada JMB, dan;
- Lain² tugas dan tanggungjawab yang berkaitan.
JAWATANKUASA BIRO-BIRO
- Menghadiri mesyuarat JMB dengan komited
- Mengeluarkan idea yang bernas bagi setiap aktiviti kemasyarakatan dan usaha-usaha penambahbaikan demi faedah penduduk setempat
- Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh pengerusi dengan member kerjasama sepenuhnya dan perkhdimatan yang sempurna agar segala perancangan yang ditetapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya, dan;
- Menjadi orang perantaraan antara penduduk dan Pengerusi JMB dalam menyalurkan sebarang maklumat dan penerimaan aduan daripada penduduk.