Tuesday, November 6, 2018

TANGGUNGJAWAB PEMUNYA/PEMILIK PETAK


 TANGGUNGJAWAB  PEMUNYA/PEMILIK PETAK

1.Wajib membayar caj
 2.Wajib membayar caruman
 3.Hadir ke AGM
4.Mengundi ahli jawatankuasa
5.Mematuhi undang-undang kecil

PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB PENGURUSAN HARTA BERSAMA

PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB (JMB)

1. Menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan
  2. Mematuhi notis dan arahan PBT atau pihak berkuasa awam
  3. Mengambil insurans
 4. Menyedia dan menyenggara daftar pemunya petak

 5. Audit dan menyenggara akaun

 6. Menguatkuasakan undang-undang kecil

 7. Menyediakan pejabat pentadbiran 

 8.Membuka akaun penyenggaraan

 9.Menyediakan rekod akaun

10. Melantik juruaudit

Minit Mesyuarat JMB 1/2018




Tugas Dan Peranan Ahli Jawatankuasa JMB

Kepada semua pembaca terutamanya penduduk di bawah kelolaan JMB CCDP Bandar Tasik Puteri, kita sepatutnya tahu serba sedikit peranan dan tugas setiap ahli jawatankuasa yang diamanahkan untuk mengurus dan mengelolakan Badan Pengurusan Bersama ditempat kita dan sekaligus dapatlah kita semua sama-sama membantu untuk menjadikan tempat kita lebih harmonis dan selesa.

Disini, admin senaraikan jawatan serta bidang tugas yang perlu mereka lakukan. Antaranya adalah :-
PENGERUSI
Encik Rahimi b Abdullah
  • Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat JMB
  • Memastikan mesyuarat ahli jawatankuasa JMB diadakan sekurang-kurangnya sekali sebulan
  • Memastikan mesyuarat tahunan JMB diadakan dua kali setahun
  • Memastikan & memantau perlaksanaan aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk-penduduk setempat mengikut perancangan yang ditetapkan
  • Memastikan laporan aktiviti JMB dikemukakan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB), MPSJ 6 bulan sekali
  • Menjadi perantaraan diantara penduduk dengan COB & agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, dan;
  • Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang berkaitan.

SETIAUSAHA
Puan Azliza Ahmad
  • Memanggil mesyuarat JMB seperti diarahkan oleh Pengerusi
  • Mencatat minit mesyuarat dan menyediakan salinan minit untuk makluman dan tindakan ahli-ahli JMB
  • Menyediakan laporan aktiviti JMB
  • Menguruskan surat-menyurat dan pentadbiran am, dan;
  • Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang berkaitan.

BENDAHARI
Encik Che Muhairie b Che Muda
  • Memantau dan memeriksa perjalanan kontraktor yang dilantik untuk menyediakan dan mengeluarkan bil caj penyelenggaraan kepada pembeli
  • Merekodkan serta menyimpan segala butiran dan dokumen kemasukkan dan pengeluaran wang Kumpulan Penyelengaraan Bangunan
  • Menyediakan penyata bulanan/tahunan wang yang dikumpul.
  • Menguruskan pengauditan Kumpulan Penyelenggaraan Bangunan setiap tahun
  • Mengemukakan penyata kewangan kepada JMB, dan;
  • Lain² tugas dan tanggungjawab yang berkaitan.

JAWATANKUASA BIRO-BIRO
  • Menghadiri mesyuarat JMB dengan komited
  • Mengeluarkan idea yang bernas bagi setiap aktiviti kemasyarakatan dan usaha-usaha penambahbaikan demi faedah penduduk setempat
  • Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh pengerusi dengan member kerjasama sepenuhnya dan perkhdimatan yang sempurna agar segala perancangan yang ditetapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya, dan;
  • Menjadi orang perantaraan antara penduduk dan Pengerusi JMB dalam menyalurkan sebarang maklumat dan penerimaan aduan daripada penduduk.

Sunday, November 4, 2018

MEMO: Maintenance Fees & Sinking Fund

!!! MAKLUMAN!!!!

SEHUBUNGAN PADA MESYUARAT AGONG BERSAMA PEMILIK DAN PIHAK PEMAJU YANG DI ADAKAN PADA 28 OKTOBER 2018 LALU, TERDAPAT PERUBAHAN DI DALAM PEMBAYARAN YURAN PENYELENGGARAN (MAINTENANCE) & AKAUN PENJELAS (SINKING FUND).


PEMBAYARAN YANG DI BAYAR SEBELUM INI BUKANLAH UNTUK BULAN OKTOBER 2018 TETAPI UNTUK BULAN NOVEMBER 2018. PIHAK MEGAN BIJAK SDN BHD AKAN MEMBUAT KUTIPAN SEHINGGA BERAKHIR PADA OKTOBER 2018 SEBELUM IA DI SERAHKAN SEPENUHNYA KEPADA PIHAK JMB BERKUATKUASA 1 NOVEMBER 2018.


DENGAN ITU SETIAP PEMILIK UNIT AKAN MENERIMA LAPORAN PENYATA DARI PIHAK PEMAJU YANG BERAKHIR SEHINGGA 31 OKTOBER 2018.


PIHAK KAMI AKAN MENGEMASKINI SEMULA PERUBAHAN TERBABIT DI DALAM LAPORAN KEWANGAN. BAGI YANG MASIH BELUM MENJELASKAN YURAN TERBABIT, PEMBAYARAN HARUSLAH DIJELASKAN SEBELUM 15HB SETIAP BULAN


MAAF ATAS KESULITAN


TERIMA KASIH

Thursday, November 1, 2018

YURAN PENYELENGGARAAN

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

 🛑 MAINTENANCE FEE'S

💵 Bayaran bulanan: RM 72.60

 ✅Bayar kpd Bendahari atau Ajk dilantik.

✅Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau online ke (akaun sementara):

🦑Nama bank: CIMB Bank

🦑No. Akaun  : 7603962952

🔹Nama: Che muhairie Bin Che muda

🔴Selepas membuat bayaran online  WhatsApp ⏩Slip  Bayaran/Nama/No Unit  utk pengeluaran resit ke 📲 www.wasap.my/601156598278

🔹Bayaran hendaklah dijelaskan sebelum 15hb bagi setiap bulan".....

🔹Terima kasih atas kerjasama anda semua

sepakat membawa berkat

MANAGEMENT TEAM

PENGERUSI
EN MOHD RAHIMI B ABDULLAH
(017-6955618)

SETIAUSAHA
PN AZLIZA BINTI AHMAD
(017-6377520)

BENDAHARI
En CHE MUHAIRIE B CHE MUDA
(011-56598278)


BIRO KESELAMATAN
EN MOHD SALEH BIN YUSOF (010-4313975)
EN MOHD FARIS  (019-3358112)
EN.NAJID B MOHD DOM  (016-6919659)


BIRO PENYELENGGARAAN
EN ZAKARIA B HASHIM (012-2583848)

EN.DESA (017-2656792)
EN.ADAM (013-5047464)


BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
PN NORASHIKIN BT MD ANUAR (018-3907720)
EN MOHD NAZRI B ABDUL AZIZ (019-3610128)









Apa itu JMB

Apa itu JMB

Kebanyakan penduduk belum memahami apakah yang dimaksudkan dengan “JMB” yang perlu ditubuhkan. “JMB” ataupun dengan nama penuhnya “Joint Management Body” adalah sebuah badan yang ditubuhkan diperingkat pra sebelum penubuhan Management Corporation. Dengan adanya JMB sekurang-kurangnya ia dapat memberi pendedahan awal kepada Ahli Jawatankuasa untuk mengurus dan menyelenggara bangunan yang diduduki sebelum penubuhan Perbadanan Pengurusan.
Pasa asasnya, penyelenggaraan pangsapuri, rumah bertingkat akan dipertanggungjawab kepada pemilik berdaftar unit-unit di situ.


Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata.


Setiap pemaju akan menubuhkan JMB di pangsapuri yang telah dibina oleh mereka sebelum ini bersama-sama dengan penduduk di bangunan terbabit. Dibawah ini saya sediakan sedikit maklumat yang dipetik dari artikel di dalam property magazine.


Apakah yang dimaksudkan dengan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB)?
Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) adalah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata.


Kenapa JMB perlu ditubuhkan?
Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan setiap Pemaju untuk menubuhkan JMB sehingga hakmilik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan ditubuhkan.


Bilakah Penubuhan JMB dikuatkuasakan?
Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci kediaman dan belum menerima hakmilik strata, pemaju hendaklah menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan mulai dari 12 April 2007 atau dari tarikh mengambil kunci rumah kediaman.


Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?
Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi notis PBT, menyenggara harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa, menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Sinking Fund.


Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?
Ahli-ahli JMB atau dikenali juga sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) terdiri daripada Pembeli dan Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih daripada 12 orang. Senarai ahli JMC adalah terdiri dari  Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.


Berapa lama tempoh jawatan tersebut?
Ahli JMC memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun atau sehingga pembubaran JMB.


Bagaimana Ahli JMC dipilih?Perlantikan ahli JMC diadakan pada Mesyuarat Pertama secara undian tangan. Urusan mengadakan mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh Pemaju dengan memberi notis bertulis 14 hari kepada Pemilik Petak/Penduduk dari tarikh mesyuarat yang dijangka akan diadakan.


Siapakah yang layak mengundi?
Pemilik Petak/Penduduk yang tidak mempunyai tunggakan sahaja layak untuk diundi


Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?
Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir ke mesyuarat tersebut tetapi mereka tidak boleh mengundi.

Bagaimana jika Pemilik Petak/Penduduk tidak hadir ke mesyuarat tersebut walaupun layak untuk mengundi?
Pemilik Petak/Penduduk tersebut boleh mewakilkan kepada orang lain dengan mengisi Borang Proxy dan menghantar borang tersebut kepada Pemaju dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.

Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?
Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat tersebut akan membuat keputusan bagi persamaan undi tersebut.

Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung JMB?
Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB ialah ¼ daripada pembeli yang berhak mengundi.

Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?
Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak mencukupi, Pemilik Petak/Penduduk yang hadir berhak untuk membentuk suatu kuorum.


Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC?
Selepas 1 jam sekiranya tiada yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC, maka pemaju akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan memaklumkan sama ada untuk menetapkan semula tarikh mesyuarat yang baru atau melantik ejen pengurusan bagi mentadbir dan menyenggara bangunan tersebut.
JMB CAMELIA COURT DESA PUTERI

Bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara kawasan awam dan harta hakgunasama di Apartmen Camelia Court Desa Puteri Email: jmbcameliacourtdp@gmail.com